Dari mereka....
salam semua..saya pun minat sangat menjahit tapi oleh kerana anak masih kecik2 lagi dan takde org jaga jd susah utk saya ke kelas jahitan.
Ryesasakuragi 03/07/2011 10:26 PM
salam, seharusnya buka keahlian kpd umum, kerana ramai yg ingin mpelajari dr anda.. terima kasih.
Shy_icesar 01/23/2011 03:03 PM
saya sangat minat bidang jahitan.tapi tidak tahu asas2 dan permulaan.
Frachunainchuneyean 01/15/2011 10:55 AM
menjahit kalau betul2 buat lumayan juga pendapatan
zura 06/28/2010 11:17 PM
Peralatan
Alat & bahan
Keperluan alat untuk menjahit tidak semestinya ada semua seperti dibawah ini.
Pita ukur
Mengambil ukuran badan dan mengukur garisan lengkung pada pola.
Boleh juga dijadi ruler panjang dengan meregangkannya.
Sesiku L / pembaris lengkung
Sesiku L - apabila hendak buat garisan bersudut tepat . Pembaris lengkung - membuat garisan-garisan untuk leher, lubang tangan dan cawat seluar.
Gunting
Gunting hendaklah besar & tajam untuk memotong fabrik.
Gunting bergerigi diguna untuk mengelak tepi fabrik dari berjerumbai (boleh guna jika tiada mesin jahit tepi).
Gunting kecil untuk memotong benang masa mengguna mesin jahit dan boleh juga diguna untuk menebuk lubang butang jika matanya halus & tajam.
Kapur tukang jahit
Membuat tanda-tanda dari pola ke fabrik. Ia mudah dipadam dan adalah baik mempunyai sekurang-kurang tiga warna.
Peniti
Peniti berkepala bulat dan peniti untuk sutera. Kusyennya untuk menjaga peniti dari berselerakan
Penebuk lubang butang
Boleh juga diguna untuk tetas jahitan.
Seterika
Bagi mengemaskan kelim dan lisu.
Mesin jahit
Ada berbagai jenis dan model boleh didapati dipasaran. Kini popular jenis mudahalih bagi kegunaan di rumah.
Mesin jahit tepi
Berbaloi membeli yang ada fungsi pelbagai bergantung kepada kemampuan.
Jarum & benang
Kemestian bahan ini ada
Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
Kertas karbon ada pelbagai warna sesuai mengikut warna fabrik. Roda surih diguna bersama kertas karbon untuk memindahkan tanda-tanda dari pola ke fabrik
