Dari mereka....

salam semua..saya pun minat sangat menjahit tapi oleh kerana anak masih kecik2 lagi dan takde org jaga jd susah utk saya ke kelas jahitan.

Ryesasakuragi 03/07/2011 10:26 PM

salam, seharusnya buka keahlian kpd umum, kerana ramai yg ingin mpelajari dr anda.. terima kasih.

Shy_icesar 01/23/2011 03:03 PM

saya sangat minat bidang jahitan.tapi tidak tahu asas2 dan permulaan.

Frachunainchuneyean 01/15/2011 10:55 AM

menjahit kalau betul2 buat lumayan juga pendapatan

zura 06/28/2010 11:17 PM


Menjahit

Seni

Menjahit adalah seni kraf yang ujud sejak zaman berzaman lagi. Dari hanya menjahit tangan dengan jarum kini kerjanya lebih mudah dengan terciptanya mesin jahit dalam era evolusi teknologi. Apa yang menarik mengenai menjahit ialah ia untuk semua orang tidak kira umur mahu pun jantina. Dengan sedikit pengetahuan dan amalan bukan sahaja pakaian malah perhiasan dan kelengkapan rumah seperti langsir, cadar, kusyen, alas meja dan lain-lain dapat dibuat.

Kemahiran

Diperingkat awal, kita akan berangan-angan hendak menjahit sendiri dan fokus terhadapnya agak samar. Mungkin kerana tidak memahami secara total bagaimana hendak memulakan atau kurang minat sebenarnya. Salah satu faktor yang boleh melunturkan minat ialah terdapatnya banyak pakaian yang telah siap dipasaran. Biar pun begitu ada ketikanya kita ingin juga menjahit pakaian sendiri.

Jika minat ini diusahakan dengan berterusan, menjahit untuk diri mahu pun keluarga, lama-kelamaan kita akan menjadi mahir akhirnya. Ketekunan dan berdaya kreatif seseorang itu adalah aset bagi mencapai kejayaan yang diharapkan setelah berjaya menghasilkan pakaian yang dijahit sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Apabila sudah mahir dalam bidang ini sudah pasti berkeyakinan untuk menerima tempahan dari orang lain sekali gus menambahkan sumber pendapatan bagi diri sendiri dan keluarga.

Belajar

Disaat terfikir untuk memulakan menjahit perasaan kurang yakin merupakan cabaran yang besar menghalang kita dari terus mencuba. Sebenarnya menjahit adalah mudah jika kita mempunyai sedikit pengetahuan dan berusaha melaksanakannya. Ilmu ini sama seperti lain-lain iaitu mempelajarinya satu langkah ke satu langkah demi membina kejayaan. Pengetahuan menjahit adalah proses keterlibatan "hands on" dan belajar dengan melakukannya. Anda boleh mulakan belajar dengan pengamatan cara orang menjahit dan membiasakan diri dengan mencuba jahitan tangan seperti jahit sembat, jahit butang atau tulang belut. Kemudian belajar pula bagaimana mengguna mesin jahit. Ia satu proses yang mudah cuma perlu usaha dan yakin untuk berjaya.


* Berlatih membuat jahitan-jahitan yang mudah dan lakukan dengan betul. Tahu cara memula dan mengakhiri jahitan serta mengukuhkan kelim. Amalan ini akan menjadikan anda lebih cekap bagi menjahit kelim yang lurus mahupun berbentuk. Ini penting bagi menjahit bahagian-bahagian percantuman yang rumit seperti kolar, lubang tangan dan apa jua yang berbentuk.

* Penyelenggaraan dan penjagaan mesin jahit perlu diambil tahu. Oleh itu belajarlah mengenai bahagian-bahagian serta fungsinya terlebih dahulu. Zaman ini setiap mesin disertakan dengan manualnya kecuali bagi mesin lama atau yang dibeli secondhand. Simpanlah manual ini dengan baik kerana ia membantu kita membuat selenggaraan sendiri nanti.

Peralatan »